Ini Masih Hangat :
Selamat datang di Blogku Dududth Blog | Jangan Lupa berkunjung Ke Website Baru saya ya, ayo ayo :D jangan lupa dibaca juga loh di Bahrul.com | Dijamin gak rugi kok. Jangan lupa ya kunjungi website saya yang Bahrul.com | Thanks kaka :)

Wednesday 2 January 2013

LAST CHILD KINI MARA MENANDINGI BAND-BAND TERNAMA!


Kini mempunyai lebih 3.6 juta peminat di laman rasmi Facebook mengalahkan Nidji, Ungu, dan banyak lagi band-band terkenal!!! Inilah LAST CHILD! Sebuah band yang memperjuangkan muzik pop dan rock, yang dianggotai oleh tiga orang penaung utama,Virgoun Teguh (vokal dan pemain gitar ), Rachmad Firdaus (pemain gitar) dan Dimas Rangga (pemain bass).

Sejak mula terbentuk pada tanggal 11 Januari 2006, LAST CHILD telah menghasilkan sebuah album mini Grow Up (2007) dan sebuah album penuh Everything We Are Everything(2009). Terkini, LAST CHILD tampil dengan album penuh kedua, OUR BIGGEST THING EVER (2012)!

Band ini mulanya ditubuhkan semasa mereka bersama-sama ingin menjalani sesi uji bakat untuk sebuah SMA di Jakarta. Nama LAST CHILD dipilih atas faktor kesemua anggotanya merupakan anak terakhir dalam keluarga masing-masing. Usaha mereka bagaimanapun tidak membuahkan hasil yang diharapkan apabila mereka gagal dalam sesi uji bakat tersebut. Bak pepatah melayu, “Usaha tangga kejayaan”, anak-anak muda ini tidak menjadikan kegagalan mereka sebagai titik penamat. LAST CHILD bangkit dan berusaha lebih tekun, lantas merealisasikan impian mereka menjadi pemuzik profesional…
Sebagai sebuah band yang berinspirasikan Blink 182, band ini menghasilkan banyak lagu-lagu berunsur emo, punk, pop dan post-punk.  Bermodalkan muzik yang berkualiti, LAST CHILD kemudian berkembang menjadi sebuah band yang digemari ramai! Hal ini terbukti apabila lagu-lagu mereka daripada album Everything We Are Everything, telah mencatat jumlah muat turun lebih 300,000! Kedudukan mereka dalam industri muzik juga diperkukuhkan lagi dengan penubuhan kelab peminat mereka sendiri, LAST FRIENDS, yang kemudian mencatat keanggotaan seramai 110,00 pada April 2010 lalu…
Selepas kejayaan single Diary Depresiku, Pedih, dan Percayalah itu, LAST CHILD kini tampil dengan album terbaru mereka, OUR BIGGEST THING EVER. Album yang memuatkan 13 buah lagu ini di adalah hasil susunan sepenuhnya oleh Virgaun (vokalis) sendiri, yang juga merupakan penerbit dan pengarah muzik bagi album ini.
Selain membariskan 9 buah lagu rancak berinspirasikan mood rock hasil komposisi Virgaun, album ini turut memuatkan sebuah komposisi Dimas Rangga (pemain bass), bertajuk Cinta Semestinya. Album ini turut memuatkan 2 buah lagu baru sebagai track bonus, khas buat peminat LAST CHILD.
Menerusi OUR BIGGEST THING EVER, band ini mempertaruhkan Seluruh Nafas Inisebagai single pertama mereka. Single ini menampilkan Virgaun berduet dengan Giselle, salah seorang bekas peserta akhir Indonesian Idol 2008. Gabungan dua suara mantap ini tentunya sebuah kombinasi yang enak dijadikan halwa telinga!
Seluruh Nafas Ini mengisahkan hati yang terluka akibat cinta yang tidak berpenghujung. ‘Tubuh’ yang terluka disakiti tetap menanti kepulangan kekasih hati, dan rindu yang ‘membunuh’ meruntun jiwa lara. Lirik yang begitu sadis ini juga turut menggambarkan betapa setianya si pencinta yang menghambakan seluruh jiwa raganya buat kekasih hati – ‘Seluruh nafas ini hanya untukmu…’ Disamping bahasa lirik yang begitu berbunga dan’cantik’, dipadu pula dengan melodi dan susunan lagu yang begitu indah, Seluruh Nafas Ini tentunya sebuah lagu yang bisa menawan kalbu para pendengar…
Seluruh Nafas Ini
Last Child Feat Giselle
Lihatlah luka ini yang sakitnya abadi
Yang terbalut hangatnya bekas pelukmu
Aku tak akan lupa.. tak akan pernah bisa
Tentang apa yang harus memisahkan kita

Di saat ku tertatih tanpa kau disini
Kau tetap ku nanti demi keyakinan ini
Jika memang dirimulah tulang rusukku
Kau akan kembali pada tubuh ini
Ku akan tua dan mati dalam pelukmu
Untukmu seluruh nafas ini

Kita telah lewati rasa yang pernah mati
Bukan hal baru bila kau tinggalkan aku
Tanpa kita mencari jalan untuk kembali
Takdir cinta yang menuntunmu kembali padaku

Di saat ku tertatih (di saat ku tertatih)
Di saat ktanpa kau disini (tanpa kau disini)
Kau tetap ku nanti demi keyakinan ini

Jika memang kau terlahir hanya untukku
Bawalah hatiku dan lekas kembali
Ku nikmati rindu yang datang membunuhku
Untukmu seluruh nafas ini

Dan ini yang terakhir (aku menyakitimu)
Ini yang terakhir (aku meninggalkanmu hooo..)
Tak kan ku sia-siakan hidupmu lagi
Ini yang terakhir, dan ini yang terakhir
Tak kan ku sia-siakan hidupmu lagi

Band yang pernah merangkul gelaran ‘Best Indie’ di Indigo Music Awards 2011 dan ‘Pendatang Baru Terdasyat di Dasyatnya Awards 2011 ini tentunya menjanjikan hanya yang terbaik! Di Indonesia, Seluruh Nafas Ini merupakan sebuah single hit yang telah pun menawan carta-carta radio dan program-program TV tempatan! Khas buat para peminatLAST CHILD di Malaysia, Seluruh Nafas Ini boleh diabadikan dengan menuruti langkah muat turut berikut:

Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*274123# dan tekan call/send, ataupun layarihttp://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*165741# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0168391 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*390747# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

OUR BIGGEST THING EVER boleh didapati pada harga hanya RM27.90 di stor-stor muzik berhampiran anda! Jangan lepaskan peluang untuk memiliki album ini!

0 komentar:

Post a Comment